BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 15 June 2011

marah sbb ta ade kesabaran

Bukan Dengki.Cuma tak ade kesabaran.
Siang-siang aku dah dah pesan pada orang,
Kalau nak guna barang orang,
Mintak kebenaran dulu.

Aku,
 Bukan nak dengki, Cuma tak punya kesabaran.
Lagi-lagi pada mereka yang masih tak reti-reti(lengguk kampong) nak minta kebenaran dengan ape yang mereka nak lakukan,

Mahu mintak makan orang ke??
Mahu pinjam barang orang ke??
Mahu kongsi kemudahan orang ke??
Aku tak peduli.

Tapi bila punya kaitan dengan barang aku.
Tak kesahlah walau hanya gula-gula,
Guna kesopanan yang kau orang punya, untuk guna barang aku.
Sebab. Aku juga lakukan benda yang sama.

Bukan berdiam diri seolah mereka beli tak guna duit ,
Lagi-lagi kalau duit  itu hasil titik peluh mereka.

Ah,
Kalau barang kau orang disentuh-sentuh,
Mula-mula menjeling,
Esok lusa kau cakap belakang,
Akan datang kau jaja nama mereka,
sudahnya mereka di katakan pengemis yang menagih keperluan kau.

Aku,
Bukan nak dengki. Cuma tak punya kesabaran saja.
Kalaulah sifat seperti itu aku ada.
Mahunya malu muka tak tahu nak letak dimana.
Yang paling aku benci,
Dah la guna tak punya kesopanan,
Mahu bertebal muka berpura-pura seperti tak apa-apa.
Geram.geram.

Sikit hari,
Kalau aku tak boleh pejamkan mata lagi,
Pasang siap-siap telinga yang tuhan beri,
Untuk dengar singa betina terpekik terlolong tak henti-henti,
Sampai kau mati.